Nov 30, 2009

HADIAH

Alhamdulillah

Allah yang permudahkan segala urusan dan melindungi perjalanan kami.
Saya dan suami sekarang berada di kampung saya.
Suami ku hanya dapat bercakap dengan bapa saya sebab mak tak pandai kecik melayu.

Semalam sampai KK jam 1.30 pm lebih. Perkara yang paling dirisaukan adalah solat tidak terjaga.

Sengaja minta ambil 3 pm supaya dapat solat jamak di airport KK.

Sampai rumah dah nak pukul 7 pm. Perjalanan dari KK ke kamnpung dalam sejam 30 minit saja tapi semalam singgah beberapa tempat.

Bahagian kampung saya pukul 6 pm dah maghrib. Isyak 7 pm lebih. Subuh seawal 4.45 am, zuhur awal jam 12, asar dalam 3.30.

Masih sedikit kesukaran sebab bilik air dan bilik mandi di luar rumah. Yang baru, dalam proses buat. Bukan keluar rumah yang susah tapi rumah kami ada 3 ekor anjing. Pandai pula anjing tu cari tempat tidur strategik, tidur dekat2 pintu keluar. Kesian suami ku. Tapi alhamdulillah anjing tu tak pergi dekat2 pun. Haraplah begitu selalu. Suami ku kata kita bagi anjing tu ubat tidur 50 jam. Hihi. Sejuk air tak usah dicakap. Pukul 9.42 am ni suami ku masih pakai jaket tebal. Ambil wuduk subuh tadi badan bergegar2.

Opps sebenarnya yang nak dicakap adalah, Maha suci Allah yang menghadiahkan hambaNya solat jamak :)
Read more >>

Nov 27, 2009

MIMPI NGERI: TANPA PENJELASAN

Seperti berulang
Menilai orang pada pertemuan beberapa kali
Menilai orang pada keramahan
Mendengar penilaian orang yang menilai pada pertemuan beberapa kali
Mendengar penilaian orang yang menilai pada keramahan
Orang yang tidak mengenali mendengar dari orang yang tidak mengenali
Aku harap mimpi ngeri tidak berulang
Yang lalu biarkan berlalu
Terpulang pada orang mahu bersangka-sangka
.
.
.
.

.......................................................................


Menjaja kelemahan sendiri tapi tidak menerima kelemahan orang lain
Pandangan ramai orang yang tidak rapat dinafikan sekerasnya
Membutakan mata kawan sama kawan lebih susah mengatakan perasaan sebenar
Bukan aku kawan itu tapi aku kadang2 antara kawan itu


Orang pandai berkata pandai memperbaiki keadaan
Pandai membetulkan pandangan orang lain terhadapnya
Pandai memperbaiki hubungan orang lain terhadapnya
Tentu lebih didengari daripada orang yang tidak pandai berkata


Orang yang mengakui pandai mengenali orang lain daripada air muka
Yang selalu bercakap orang itu ini begitu begini
Memuji-muji orang yang dirasakan baik walaupun pada pertemuan pertama yang sekejap
Berkawan dengan orang lain hanya sebagai pelengkap diri
Lupa orang lain apabila menemui orang lain yang disukai
Orang lain itu juga yang menjadi tempat mengadu apabila silap menilai air muka orang
Silap menilai keramahan orang lain


Orang tidak pandai berkata memang selalu disalahertikan
Orang yang tidak peramah memang selalu disalahertikan
Lebih memburukkan apabila yang tidak pandai berkata dan tidak peramah membiarkan semua yang berlaku tanpa penjelasan
Sengaja atau tiada kesempatan


Apa nak bising sangat
Saat sesiapa bersabar dengan sesiapa, sesiapa pun sedang bersabar dengan sesiapa
Namun fikirlah walau sedikit jika tidak mampu bertimbangrasa
Respon salah dari seseorang besar kemungkinan berpunca dari tindakan salah seseorang
Tidak dapat dinafikan kalau orang yang baik2 menafikan luahan seseorang yang merasa dirinya teruk
Ulang sekali lagi.
Respon salah dari seseorang besar kemungkinan berpunca dari tindakan salah seseorang!
Menjaja kelemahan sendiri tapi tidak menerima kelemahan orang lain


Membiarkan tanpa penjelasan
Memang telah banyak yang ditinggalkan di belakang tanpa penjelasan


Perkiraan ku mudah sahaja


Kau dahulu merasa tidak sempurna sebelum merasa orang lain tidak sempurna
Tidak semua orang sukakan kau seperti mana kau tidak semestinya suka pada aku
Tidak semua orang yang mesra dan bergurau senda dengan kau yang kau puji-puji melambung tidak mengata kau di belakang
Tidak mustahil orang yang kau puji melambung dan kau suka berkawan sebab pandai berkata baik dengan kau di belakang
Buktinya kau sudah rasa sendiri
Setiap kali aku mendengarnya dari mulutmu, aku mahu katakan "Bukan ke kau pandai menilai air muka orang?"
Tapi itu lebih meletakkan aku hati keras dan pandai menolak di mata hati nuranimu yang pandai menilai air muka orang


Semua itu suatu mimpi ngeri yang bersatu
Bagaimana nak hidup dengan orang yang pandai menilai air muka orang?
Yang selalu bercakap orang itu ini begitu begini?
Saat sesiapa bersabar dengan sesiapa, sesiapa juga mungkin sedang bersabar dengan sesiapa
Jadi apa nak bising sangat


Bagaimana nak hidup dengan orang yang pandai menilai air muka orang
Yang selalu bercakap orang itu ini begitu begini?
Sesungguhnya banyak sangat air muka ku yang telah kau salah nilaikan
Sesungguhnya banyak sangat air muka ku yang telah kau salah nilaikan
Sesungguhnya banyak sangat air muka ku yang telah kau salah nilaikan
Kesian dengan aku yang baru masuk Islam
Yang banyak perlu diperbaiki dari kehidupan lepas
Yang melalui kehidupan dan persahabatan yang amat berbeza dengan cara kehidupan dan persahabatan kehidupan baru ini terutama persahabatan
Aku biasa dengan persahabatan berdikari dan bebas
Persahabatan pada kehidupan baru ketika itu seperti gam melekat lekit dan berpuak2


Aku cuma berdoa aku tidak pernah memutuskan silaturahim dengan sesiapa. Kalaulah Allah tidak beri amaran mungkin aku dah putuskan silaturahim. Mimpi ngeri.

Entri luahan tanpa penjelasan. Siapa lagi yang mengakui pandai menilai orang lain melalui air muka? Bersedia untuk orang lain pula memfailkan mimpi ngeri dengan orang lain yang mengakui pandai menilai air muka orang dan selalu berkata orang itu ini begini begitu.


Jangan nilai aku pada entri ini. Khas untuk mimpi ngeri itu.



Aku lega meluahkannya. Mimpi ngeri dalam represi sesak sekian lama yang telah terhambur.
Read more >>

BALIK NEGERI

Hari yang dinanti2 telah tiba. Lusa ni kami balik Sabah dah. Tapi esok kami dah ke Seremban. Kawan yang dapat tolong tu tinggal di sana. Ramai pula kawan suamiku nak pergi merisik.

Di Seremban tinggal hotel. Dari sana bertolak ke LCCT. Takut tak sempat kalau bertolak dari Johor.

Huhu banyak duit habis nak balik ni. Mujur ada airasia. Jauh lebih murah berbanding MAS. Itulah kahwin jauh2 ???? Itu kata orang bukan saya, bukan kata keluarga saya. Haik.. dah aturan Allah, siapa nak lawan? Ramai lagi kahwin lebih jauh.

Di kampung lebih kurang 3 minggu. Mengelakkan suamiku ponteng tanpa sengaja 3 kali solat Jumaat.

Moga Allah permudahkan urusan kami di sana terutama solat. Makanan tak masalah sangat sebab familiku dah faham, terutama kalau ada abang sulung saya. Tentu lebih sukar bagi suamiku. Saya pun rasa sukar sedikit juga. Tapi dengan rumah yang dah siap, insyaAllah lebih mudah.
Read more >>

BELUM TERASA

Tentu ramai orang pergi masjid pagi tadi buat solat sunat raya aidiladha. Saya duduk rumah je tengok tv. Tidak ikut suami. Dia pun tak paksa. Solat sendiri di rumah pun tak buat. Kepada siapa yang tak tahu lagi, sebenarnya boleh buat sendiri di rumah solat sunat aidilfitri dan aidiladha di rumah kalau ada kekangan tak dapat dielakkan berjemaah di masjid. Tanyalah orang2 pakar untuk kepastian.


Raya aidilahda adalah sempena memgingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail dan kesabaran Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah itu kan?

Saya dengar raya aidiladha ini patut lebih diraikan daripada raya aidilfitri.

Raya aidilfitri pun ambil masa untuk hati merasai walaupun dari Ramadhan pertama sudah puasa lengkap.

Apatah lagi raya haji ini yang seolah2 tidak disambut sangat oleh orang Islam di Malaysia. Betul ke? Cuma perasaan daif saya.


Masa saya menaip ini sambil tunggu suami pergi beli lemang dan rendang..entah ada ke tidak hihi.
Read more >>

Nov 19, 2009

JAGALAH KEBERSIHAN

Terlebih dahulu saya minta maaf jika yang saya ceritakan keterlaluan..

Sepatutnya saya berkongsi keindahan-keindahan Islam tapi nampaknya saya selalu bercakap tentang keburukan Islam

Betul ke ???

TIDAK.

Islam itu hanya sempurna, tiada cacat celanya, agama yang diredhai Allah..

Yang pelbagai adalah penganut agama Islam (termasuk saya), Islam tetap sempurna. Tiada keburukan agama Islam yang saya terfikir dan saya tidak dapat fikirkan pun. Dengan menceritakan kisah ini saya tidak berniat juga mengata orang. Saya hanya mahu sampaikan kisahnya. Semoga ada iktibar.

.
.
.
.


"Saya pernah dekat dengan dia masa buka tudung..busuknya.. betul..busuk"
Bersungguh2 salah seorang kawan Kristian kami cakap ketika di U.


"Ada kawan kami di asrama, kalau dia buka tudung, rambut dia busuk" Kakakku menceritakan pengalamannya ketika sekolah menengah.



KETIKA BARU2 MASUK ISLAM

.....Seorang kawan ku kata dengan saya "Tudung tak perlulah sekali pakai sekali basuh. Lepas pakai beberapa kali baru basuh" .. aku terfikir, hmm patutlah bau semacam.. sebelum Islam pun saya dah suka pakai baju yang bersih2 dan baru basuh. Kalau dah pakai keluar rumah, walaupun sekejap saya pasti basuh dulu sebelum pakai semula.


.... pinjam telekung seorang kawan, saya hampir tak jadi nak pinjam tapi telekung saya di bilik dan ada roommate saya (kawan Kristian) yang pada masa itu sangat "memusuhi" pengislaman saya. Boleh ke dia solat dengan telekung kotor dan bau peluh pada kain di bawah dagu itu? kekuningan dengan bau peluh yang kuat.


..... pinjam tuala kecil (penutup rambut) kawan yang dia pakai untuk solat. tak ingat kenapa saya pinjam. ini memang tak jadi pinjam. pada saya teramatlah tidak tahan dengan baunya.



Semua kisah di atas adalah benar. Bukan rekaan saya.
hanya setakat yang saya tahu, saya bukan kata semua.



Bertudung tidak menyebabkan rambut busuk.
Yang menyebabkan rambut busuk adalah apabila tidak menjaga kebersihan.


Marilah sama2 jaga kebersihan.
Kebersihan dalaman dan luaran.
Read more >>
Related Posts with Thumbnails
 

© Free blogger template 3 columns